Datu Mudarasulail A Kiram


Pada 1976,Ketika masih berusia 10 tahun,Mudarasulail diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar,Sabah iaitu Attahi Panggayan.Semasa tinggal dengan Attahi,Mudarasulail diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yg sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu,Mudarasulail diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan@Hashim.Ibarat ayah dengan anak,begitulah hubungannya dengan Naim,erat sekali.Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur,telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Mudarasulail mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu,Sabah.

Mulai hari itu Mudarulail mendapat surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) kinarut sehingga 1982 dan menduduki Sijil Rendah Pelajaran - SRP ( Kini penilaian Menengah Rendah- PMR ) Dua tahun kemudian,beliau diserahkan kepada keluarga angkat baru,iaitu guru yg mengajar di SMK Putatan,Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim.Sepanjang hidupnya,Mudarasulail tinggal dengan lima keluarga angkat.

Kehidupan Mudarasulail yg berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985.Beberapa bulan kemudian Mudarasulail melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di England,Oleh sebab terlalu sayang pada isteri yg baru dikahwini,beliau tidak sempat menghabiskan pengajian.

Selepas itu Mudarasulail berhijrah ke johor dan menetap bersama-sama keluarga di Ulu Tiram,Johor.Beliau menjalani kehidupan seperti orang kebiasaan supaya tidak dikesan oleh mata-mata tentera Filipina.

Pada tahun 2000,Mudarasulail menubuhkan perniagaan Sekuriti keselamatan dan enam tahun kemudian menutup operasi kerana pulang ke Sulu bagi menubuhkan Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu,Sabah.Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.Seramai 10 000 keturunan Sulu dikumpul bagi tujuan ini.

Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa,beliau menubuhkan akbar berbahasa Inggeris - The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunnakan bahasa Sulu,Tetapi tidak berjaya kerana kebanyakkan suku itu tidak boleh membaca.

THE LAST RECOGNIZED SULTAN OF SULU AND SABAH BY THE GOVERNMENT HM ALMARHUM SULTAN MOHD. MAHAKUTTAH