10/31/2010

Amerika mahu seorang putera raja



Dibawah Perisytiharan Pertubuhan Bangasa-bangsa Bersatu ( PBB ) 1974,mereka yg berhak menuntut takhta kerajaan Sulu ialah keturunan kiram sahaja.

Selepas peperangan pada 1974,British mengiktiraf Undang-undang 427 yang memberi peranan penuh kuasa eksekutif dan pentadbiran kepada seorang Sultan Sulu.Oleh sebab pada masa itu berlaku kekacauan,kuasa berkenaan diberikan kepada Presiden Filipina dan matlamat untuk menguasai kepulauan Sulu terdiri dari empat buah negeri iaitu Pahlawan,Jolo,Tawi-tawi dan Bersilan hampir berjaya.

Pada 1986,ayahanda Mudarasulail mangkat dan kuasa eksekutif keluarga Kiram berada di malaysia.Presiden,Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos tidak mengiktiraf keluarga ini dalam masa sama berniat untuk menghapus saki-baki keluarga kiram.

Kini kerajaan Amerika di bawah Barack Obama mahu kerajaan Sulu diwujudkan,namun masalah ialah mencari waris sebenar kiram sedangkan adikdanya,Datu Muezulail Tan Kiram menjadi Raja Muda di jolo,Memerintah empat juta rakyat.

Sebenarnya Filipina mempunyai niat tersembunyi,bukan berminat untuk melantik Sultan Sulu.

Begitu Pun Mudarasulail bangkit sejak sekian lama bersembunyi di Malaysia bagi memerintah Jolo dengan membuktikan Monumen dan dokumen yg terdapat di luar negara,terutama di England seperti profil peribadi,keris dan alat-alat kebesaran adalah milik keluarganya setelah dihilangkan oleh sepanyol dan Amerika lebih 600 tahun yg lalu.

"Saya tahu maklamat Amerika hanya untuk "emas hitam" atau minyak di sekitar kepulauan ini sedangkan yg berhak meluluskan ialah Sultan Sulu,iaitu saya sendiri."

"Presiden Filipina kini tidak mempunyai kuasa mencari gali minyak walaupun Sulu di bawah pemerintahannya.Perlu diingat,rakyat jplo menderita dan Filipina tidak pernah membantu apa-apa,sama ada kewangan mahupun memajukan pendidikkan"

Sultan Kiram diburu untuk dibunuh



THE LAST RECOGNIZED SULTAN OF SULU AND SABAH BY THE GOVERNMENT HM ALMARHUM SULTAN MOHD. MAHAKUTTAH A. KIRAM 1974-1986



Keluarga Diraja Kesultanan kiram dari kepulauan Sulu,Jolo terpaksa hidup berpindah-randah untuk mengelak daripada dikesan musuh yg terdiri daripada bekas-bekas gundik ayahandanya dan tentera Filipina.Musuh berkenaan tidak mahu melihat keturunan kiram terus memonopoli dan menerajui negara berkenaan.

Namun Putera pertama,anak ketiga daripada sembilan adik-beradik,iaitu Datu mudarasulail kiram A kiram,44,berasa suda tiba masanya membina semula negeri Sulu yang berada dalam keadaan huru-hara sejak dijajah Sepanyol,Amerika dan kini ditakbir secara tidak sah melalui kuasa tentera pimpinan Presiden Filipina.

Mudarasulail yg lahir pada Ogos 1966 di Sapunay Tapul Sulu hasil perkahwinan antara Almarhum Sultan Mohammad Mahakuttah dengan Dayang Paudatan Alasatam,sentiasa diburu untuk dibunuh bagi mengelakkan takhta diraja bangkit semula.Namun apa yg berlaku kini,ramai pihak yg tidak bertanggung jawab mengaku daripada keturunan Kiram tanpa membuktikan kebenarannya.

Kisah hidup keluarga kiram musnah apabila kerajaan Filipina mengistiharkan darurat ke atas Jolo,salah sebuah negeri Sulu.Ketika itu beliau masih berusia lapan tahun,Ia berlaku kerana tindakkan Filipina yg telah melatih 400 tentera dari bangsa Tausug (Sulu ) dengan tujuan merampas Sabah dari Malaysia,Peperangan ini dipanggil Peristiwa Zabida.

Begitu pun,tentera ini telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Filipina kerana enggan berperang sesama bangsa di Borneo Utara sehingga muncul pejuang-pejuang daripada anak tempatan untuk menentang kerajaan Filipina,dipanggil Blackshirt,kemudian dikenali Moro National Liberation Front ( MNLF )

Menyedari akan terjadi peperangan yang dasyat,keluarga ini telah berpindah ke Tanjung Siasa,Namun Mudarasulail sentiasa berulang alik ke jolo.Di sana,beliau menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Dayang-dayang Piandao Rendah Dayang-dayang Piandao tanpa mendedahkan indentitinya yg sebenar.

Keadaan bertambah tegang di Sulu menyebabkan Mudarasulail terpaksa berpindah ke Kudat,Sabah dan Borneo untuk menyelamatkan keturunan Kiram daripada musuh-musuh yg sedang memburunya.

"Saya terpaksa hidup seperti pelarian bagi mengelakkan dikesan musuh dan dibunuh bagi menghapus keturunan Kiram,sekaligus melenyapkan pemerintahan Sultan Of Sulu di jolo."

"Sebenarnya motif Filipina hanya untuk merampas 'emas hitam' atau minyak dari kepulauan ini,selain melenyapkan pemerintahan Islam Jolo yg pernah memonopoli tanah jajahan dari kepulauan hingga ke Laut China Selatan,termasuk Sabah dan selatan Filipina satu ketika dahulu,"

THE LAST RECOGNIZED SULTAN OF SULU AND SABAH BY THE GOVERNMENT HM ALMARHUM SULTAN MOHD. MAHAKUTTAH