4/11/2011

ulasan daripada Datu mudarasulail tentang mengunakkan nama Muedzul

Oleh kerana banyak yg bertanya tentang video itu, maka saya mulakan dgn Bismillahirahmanirahim.sesungguhya Ya Allah kalau saya berbohong maka laknatkan saya jika sebaliknya saya berkata benar maka ampunkan dosa dosa org yg membuat fitnah ini

lebih kurang tahun 2005,saya memang bercadang mahu mencari keluarga saya dijolo termasuklah Rajamuda datu yildon dan saudara yg lain lagi.namun pada masa yg sama saya didatangi oleh 3 orang lelaki dari keluarga aranan iaitu Datu Ali,datu Udah Dan sultan Ali Aman bin Sardin pada masa itu.Mereka datang untuk meminta bantuan sokongan material dan kewangan.

Lillahi warsasuli saya tidak mengenali mereka, tetapi demi atas nama perjuangan islam saya terima mereka sebagai saudara tanpa ada agenda politik.Apabila saya diberi tahu bahawa Rajamuda telah mangkat maka ini akan melemahkan saya untuk mempromosikan nama saya yang sebenar kerana nama saya tidak diketahui dikalangan rakyat di Jolo,cuma saya di perkenalkan oleh almarhum di baldatal Islam di Tawi

Apabila kemangkatan Rajamuda menjadi pegangan perjuangan saya,saya diserankan belajar bahasa tausug secara mendalam pada masa itu oleh 3 org yg baik hati iaitu keluarga Aranan.dan tiada pilihan saya terpaksa mengunakkan nama muedzul lail dgn bertujuan untuk mencari keluarga yang lama saya tinggalkan.


Dis 2006 Saya tinggalkan alam perniagaan saya di melaka dan turun semula ke bumi borneo dgn menubuhkan persatuan kebudayaan Sulu sabah,maka dgn izin Allah semasa saya dilapangan terbang kk ramai rakyat sulu yg menyambut ketibaan saya dan sempat lagi saya dipayungkan kuning pada masa itu.

sesampai saja saya di kk seorang ustaz bernama Ustaz jularab dan datu pairudin bertanyakan saya apakah kamu adalah benar Rajamuda sedangkan Muedzul sudah mangkat,Ya saya Rajamuda tapi Bukan Muedzul tetapi Datu Mudaraaulail iaitu saudara kandung Muedzulail,disitulah rakyat sulu yg hadir memeluk saya dan menunjukkan saya dgn ibunda angkat iaitu puan kalsum yg mana berjaya menemuhkan saya dgn saudara


Apabilah saya tidak lagi memberikan bantuan kewangan kpd keluarga aranan maka mereka mula menunjukkan sikap negative dgn membuat fitnah dan menghentam saya dari belakang.Mereka tahu saya adalah org yg paling bijak diantara keluarga kiram maka mereka mesti hapuskan saya dulu,kerana mereka juga mengelar dirinya pewaris kedua yg konon nya jika keluarga kiram tiada maka hak kesultanan sulu jatuh kepada mereka.


Saudara ku islam yg dirakmati oleh Allah dari intipati cerita ini renunglah dan iatigfarlah antara yg mana batil dan yang semuanya Allah taalah telah menentukan dalam kitabnya dan janji Allah tiada yg dusta melainkan benar belaka. Yang hak akan dikembalikan kepada yg berhak

No comments:

Post a Comment


THE LAST RECOGNIZED SULTAN OF SULU AND SABAH BY THE GOVERNMENT HM ALMARHUM SULTAN MOHD. MAHAKUTTAH