10/31/2010

Amerika mahu seorang putera raja



Dibawah Perisytiharan Pertubuhan Bangasa-bangsa Bersatu ( PBB ) 1974,mereka yg berhak menuntut takhta kerajaan Sulu ialah keturunan kiram sahaja.

Selepas peperangan pada 1974,British mengiktiraf Undang-undang 427 yang memberi peranan penuh kuasa eksekutif dan pentadbiran kepada seorang Sultan Sulu.Oleh sebab pada masa itu berlaku kekacauan,kuasa berkenaan diberikan kepada Presiden Filipina dan matlamat untuk menguasai kepulauan Sulu terdiri dari empat buah negeri iaitu Pahlawan,Jolo,Tawi-tawi dan Bersilan hampir berjaya.

Pada 1986,ayahanda Mudarasulail mangkat dan kuasa eksekutif keluarga Kiram berada di malaysia.Presiden,Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos tidak mengiktiraf keluarga ini dalam masa sama berniat untuk menghapus saki-baki keluarga kiram.

Kini kerajaan Amerika di bawah Barack Obama mahu kerajaan Sulu diwujudkan,namun masalah ialah mencari waris sebenar kiram sedangkan adikdanya,Datu Muezulail Tan Kiram menjadi Raja Muda di jolo,Memerintah empat juta rakyat.

Sebenarnya Filipina mempunyai niat tersembunyi,bukan berminat untuk melantik Sultan Sulu.

Begitu Pun Mudarasulail bangkit sejak sekian lama bersembunyi di Malaysia bagi memerintah Jolo dengan membuktikan Monumen dan dokumen yg terdapat di luar negara,terutama di England seperti profil peribadi,keris dan alat-alat kebesaran adalah milik keluarganya setelah dihilangkan oleh sepanyol dan Amerika lebih 600 tahun yg lalu.

"Saya tahu maklamat Amerika hanya untuk "emas hitam" atau minyak di sekitar kepulauan ini sedangkan yg berhak meluluskan ialah Sultan Sulu,iaitu saya sendiri."

"Presiden Filipina kini tidak mempunyai kuasa mencari gali minyak walaupun Sulu di bawah pemerintahannya.Perlu diingat,rakyat jplo menderita dan Filipina tidak pernah membantu apa-apa,sama ada kewangan mahupun memajukan pendidikkan"

No comments:

Post a Comment